Menu ni ada sentimental value pd Che Yong sbb menu ni En Suami yang ilhamkan pd Che Yong masa baru2 nikah dl....cewah...cewah...
Alhamdulillah sampai ke anak2 pun suka jgk menu ni...siap nak tapau kat sekolah nak jamu kat ustazah tadika katanya..hehehe. InsyaAllah ada lbh, ibu buat lah bg ustazah rasa ye dek :))
Sesuai utk sarapan atau minum petang
Sos tomato atau cili, for me sos cili lg sedap.
Tuna tin..yg dengan mayo tu lg sedap
Mayonnaise, planta dan cheese
Semestinya kena ada roti ni. Kami panggil ni roti perancis.
Beli kat tesco
Potong mengereng mcm dlm gambar tu
Topping lainnya kenalah ada sayur
Tomato, carrot, kubis dan tomato di potong kecil2
Mula2 sapu planta atas loyang..dan atas permukaan atas roti
Kemudian sapu tuna, mayo,
Letak timun, kubis dan carrot
Selepas itu keju dipotong memanjang seperti di gambar dan tau atas bahan2 tadi
Last sekali picitkan sos cili secara zig zag
Oven dipanaskan dulu
Dengan suhu 200 Celsius masukkan roti2 tersebut dlm oven
Bila keju agak cair kita blh keluarkan dlm oven
Hidang panas2 bersama teh o. Mmg ummphh!
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment