Friday, 2 March 2012

Kek Coklat

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bihun Singapore



5-6 ulas bawang putih di tumbuk
udang kering yg di blend
serbuk lada hitam

kobis, carrot daun bawang

daging, udang dan fish cake

bihun

tumis bawang putih sehingga naik bau
masukkan daging, udang dan fishcake
masak hingga empuk
 kemudian masukkan sayur2
seterusnya masukkan bihun
serbuk udang kering, garam dan lada hitam secukup rasa
goreng hingga masak :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kek Batik Lagi.. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 21 February 2012

Kek Batik


Bahan-bahannya:
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 sudu esen vanila
1 cawan air
1/2 buku butter
1/2 cawan susu pekat manis
1 bungkus biskut marie di patah 2


Mula2 masukkan semua bahan kecuali biskut marie dan telur diatas kuali.
Panaskan dangan api sederhana

Apabila semua bahan dah cair masukkan telur

apabila campuran dah pekat dan mendidih, tutup api
masukkan kesemua biskut marie yg sudah dipatah 2 td.
gaul rata

masukkan dalam loyang yg sudah dipak dgn plastik supaya tak melekat
tekan supaya adunan sekata

kalau suka blh buat topping. 
cairkan milo dgn susu pekat sikit
taburkan choc rice
masukkan dlm peti ais


Siap dah kek batik che yong!



Published with Blogger-droid v2.0.4

Otak-otak

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 16 February 2012

Air Halia

Air Halia bagus untuk meringankn, mengeluarkan angin2 dan menggalakkan metabolisma badan.
Angin broot broot pun senang nak kuar. 
Badan akan terasa selesa, perut pun rasa enak je..panasss ajer
So kalau rasa malas2, berat je rasa nak menggerakkan anggota badan, 
cuba amalkan minum air halia ni

Sebenonye 4-5 inci halia dah ckp utk seperiuk kecik ni.
Buangkan kulitnya, tumbuk2 sket bagi pecah2 sket
Rebus dlm periuk kecil
Kemudian masukkan gula perang secukup rasa, jgn manis sangat
Nak tambah madu pun ok
Air mendidih padamkan api
Blh reheat dan tambah air serta gula ikut keperluan
Sebelum tuang ke cawan, tapislah dulu

Sedap diminum suam2
Rasanya pedas2 manis :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ikan Goreng Sos Kicap

Menu simple sbb siang td punya lauk dah habis
Kena masak utk mkn mlm, tp tak mo yg susah2....

Bahan-bahan:
Set bawang di blend
Bawang besar dan halia 
Daun bwg sebagai hiasan
kentang potong nipis2
carrot
cabai bengala

Sos tomato,cili dan tiram
Kicap

Ikan goreng...cth ikan kembung, bawal, selar...blh je apa pun :)

Tumis bawang blend dulu
Kemudian masuk bawang dan halia yg dihiris
Dah wangi, masukkan kentang
Biarkan sekejap dgn api kecil

Masukkan air, kuatkan api semula dengan api sederhana
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap 
main agak2 je..ikut kepekatan air
Masukkan stok ikan bilis
Last sekali carrot dan cabai bengala

Ready to eat with rice

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sotong Masak Merah @ Cabai


Semestinya perlu ada sotong

Tumis set bawang yg di blend
(kalau set bawang blend maknanya bawang besar, kecil, halia dan putih di blend sakali dan di simpan dalam peti ais..kalau nak masak, senang kuarkan je dr peti ais,,cptkan)
Bila dah kekuningan sikit masukkan cabai blend pula

Tumis hingga cabai btl2 masak...agak kering masukkan air sket biarkan, sehingga cabai btl2 masak
Masukkan sesudu gula
 Masukkan bawang besar dan halia yg di potong td

Tambah air sket
Masukkan sotong
Masukkan sos samano
Kacau, biarkan pecah minyak sket


Siap!
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 14 February 2012

Bihun Sup Ayam

Buat menu ni sbb konon nak diet, tak mo mkn nasi tghari ni... ececeh..

Kubis, carrot batang celery, bwg dipotong kecil2

Daun bawang dan daun sup dipotong kecil2

Ayam, dipotong kecil2
Che Yong ada potong chicken ball n fish cake jg 

Mula2 tumis bawang putih dan merah yg di blend hingga wangi
Kemudian masukkan ayam
Tak lama kemudian masukkan carrot, fish cake n chicken ball
Masak hingga hampir empuk

Kemudian masukkan air,  sup bunjut, 
Garam dan stok ayam secukup rasa
Apbl mendidih air masukkan sayur kobis
Bila sayur kobis hampir layu blh ttp api
Buhun dicelur....

Siap dah...taburkan daun bawang dan bawang goreng
Mkn dengan cabai burung blend kicap tu pun sedap..
tp sambal tu bkn che yong yg buat...Mak Ngah Ijan bg soto haritu, 
sambal dia sedap. Ada lbh simpan, blh mkn dgn bihun sup ni...selamat...:))
Published with Blogger-droid v2.0.4